Mungkin ramai yang ingin tahu, bagaimana kehidupan saya sebelum training ESQ…sekitar tahun 2007, semasa masih suci bergelar student..saya ditakdirkan bertemu dengan member-member kampus yang sangat prihatin tentang perkembangan hal di Malaysia…berkawan dengan member-member satu kampus yang sangat ikut perkembangan isu semasa, jika tiada kelas dan tiada aktiviti..kami lebih suka duduk di kedai-kedai minum bincangan isu politik, isu politik kampus, masalah masyarakat sekarang atau borak-borak berkenaan dengan hal-hal keagamaan…kadang-kadang kami akan berkunjung berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menghangatkan berbincangan…tetapi tajuk perbincangan selalunya mengikut isu panas di akhbar…sambil minum sambil tangan memegang surat khabar…satu persatu dibahaskan..seronok memang seronok sehinggakan saya wujud kerisauan masalah masyarakat di Malaysia ni…bertemu dengan orang-orang pemikir disana disini...membuatkan sudut pandangan kami lebih luas, bahkan corak-corak perbualan dan perbuatan kami lebih kepada membangun masyarakat bangsa..
Jika hal-hal keagamaan ni…selalunya hanya bertahan selama 1 hari berbanding dengan hal-hal politik yang hampir 1 minggu lamanya...sehinggalah pada suatu hari...kami bertemu salah seorang teman kepada teman kepada teman yang bergelar ustaz yang asik membincangkan pasal hukum syarak, halal haram, kisah-kisah perjuangan Nabi dan Rasul dan ada juga hal-hal akidah...saya salah seorang yang diam membisu macam patung...kerana tak tau apa yg mereka bincangkan..kerna cetak dan nipis ilimu keagamaan...saat itu, saya rasa tak boleh jadi ni...mulai saya mencari...kalu dulu pergi ke kedai buku mencari buku politik atau buku-buku yang menjadi terkenal waktu itu sekarang mulai saya mencari buku-buku keagamaan...belek-belek buku..tiada yang berkenan...buku pertama dibeli dalam hidup saya adalah Taksir Sufi (kalu tak salah saya la)..baca punya baca...last kali boring sangat sbb tak kena dengan jiwa...akhirnya buku tu ada dalam kotak jer...Sedangkan perbincangan hal-hal keagamaan masih berlanjutan...selepas berjumpa dengan ustaz..kami lanjutkan perbincangan didalam bilik kolej plak...esok jumpa dan borak lagi dengan ustaz...dan akhirnya...mereka borak-borak pasal perjuangan Nabi Muhammad..yang berjuang hebat membela dan menegakkan Islam...saya mendengar dengan sambil main sms dengan kekasih hati...tiada perasaan dan hati...
Dipendekkan cerita, saya selesai belajar...sekarang bergelar pekerja...bekerja pertama di sebuah Kementerian di Putrajaya...tugas dan tanggungjawap adalah menjadi P.A kepada salah seorang ahli politik di Malaysia...ini bertambah saya semakin jauh dan lupa hal-hal keagamaan, solat dah mulai tinggal kerna kesibukkan kerja yg tak tentu masa, kata-kata dari mulut adalah kata-kata yg sering maki hamun org lain kerana stress kerja yang boleh dikatakan kerap last minute dan pikiran hanya utamakan duniawi kerna bekerja dengan orang-orang yang mencari dunia (walaupun tak semua, tetapi kebanyakkannya) Sehinggalah saya semakin jahil dan blur pasal agama...bagi saya puasa cukup...tak buat dosa besar..jadi ok la kan...sampai satu hari saya bertemu dengan seseorang manusia yang berbicara pasal ESQ..bahagia dia jelaskan ESQ...dan ahirnya dia awal-awal ajak ke training ESQ…dalam pikiran adalah…MLM baru apa ni…tetapi bila cuba berpikiran terbuka…hadirlah saya ke training ESQ Kuala Lumpur Angkatan 7 di Mariott Hotel Putrajaya pada 11 -13 Mei 2007 dengan nombor pendaftaran AGA0393.
Alhamdulillah…sepagi awal saya hadir ke dewan training…kerana lokasi training tidaklah terlalu jauh dari rumah saya...masuk saja dalam training…persepsi penuh dalam fikiran…melihat screen yang besar…sistem audio yang kuat membuatkan saya rasakan saya salah tempat…selepas diteliti dan bertanya kepada petugas yang berpakaian hitam-hitam..baru lah pasti saya ditempat yang betol…saya diiringi oleh petugas berpakaian hitam-hitam terus duduk didepan sebelah kanan hampir sebelah speaker yang tingginya melebihi tinggi saya…cuba untuk menyesuaikan diri dan bertenang dalam dewan training saya mulai start ambil hanset dan sms rakan2 saya…
Sebabkan trainer asik menjemput dan mengalu-alukan kehadiran kami sebagai peserta dan menyuruh kami mengisi borang biodata dan membaca tips sukses training...jadi saya pun mengambil kesempatan untuk menyelesaikan mengisi borang biodata...Sewaktu itu, trainer yang ada adalah Pengasas ESQ iaitu Pak Ary, juga asistantnya Pak Aminul dan juga Pak Andi...mereka yang yang bergabung untuk menjayakan training Angkatan 7 sewaktu itu...
Duduk didalam dewan sampai penuh peserta hampir 400 org amatlah membosankan…sehinggalah training bermula dengan sessi mencari teman…bagi saya..training 3 hari ini sangat merasakan waktu yang memanjangkan…dan meletihkan…tetapi apabila sessi berdoa atau opening oleh Pak Ary…saya tiba-tiba merasakan dalam diri saya…ini yang saya perlukan dan yang saya cari…bahkan sewaktu berdoa sehinggakan menitiskan air mata..saya memasang niat bahawa saya ingin bersungguh-sungguh untuk ikuti training 3 hari ini…
Sewaktu training…banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi…hari pertama membuka hati saya dan meneguhkan keyakinan saya kepada kewujudan Allah, yakin kepada Nabi Muhammad adalah Rasullullah dan percaya kepada Al-Quran…mungkin selama ini hanyalah sekadar yakin dan percaya..tetapi ketika hari pertama training saya hanya mampu menangis…keyakinan itu bertambah mantap…bahkan saya terus bersyukur kepada Allah kerna memberi peluang kepada saya untuk ikuti training ini…
Hadir hari kedua…seawal pagi…modul Review Big Bang, membuatkan saya tersungkur…air mata saya mengalir ketika trainer menyuruh kami berdoa…tidak pernah seumur hidup saya merasakan nikmat ketika berdoa…saat itu, dalam fikiran saya tergambar wajah ibubapa saya…adik beradik saya…saudara mara saya…saya doakan mereka sungguh-sungguh…hanya air mata mengalir deras di pipi saya…hati saya runtuh, tubuh saya bergetar…terasa denyutan jantung saya laju berdengut…
Sehinggalah akhir hari kedua…saya sedar…tiada cinta kepada Allah, seumur hidup saya…saya lupa kepada Nabi Muhammad saw (jujur saya katakan… Nabi Muhammad hanyalah saya anggap seorang tokoh sejarah Islam), Al-Quran sebuah kitab panduan yang diturunkan oleh Allah untuk hambaNya…bahkan saya sedar dan yakin…hari kiamat adalah pasti !!!...itu membuatkan saya berdoa sungguh-sungguh jika Allah ampuni dosa saya…saya sanggup jika Allah ambil nyawa saya saat itu kerna saya benar-benar tidak tahan lagi mengenangkan dosa-dosa saya…perasaan insaf dan taubat sehinggakan saya pulang ke rumah dengan wajah yang murung, sakit kepala yang dasyat dan tidak ingin menjamah makanan di rumah... mak dah ayah saya pelik melihat saya…bahkan sekitar jam 3 pagi…mereka terpaksa bangun untuk mengurut kepala saya…kerna kepala saya sangat berat dan sangat sakit (mungkin terlalu banyak menangis pada siang hari)…sampaikan mak saya kata “ training apa tu…sampai sakit-sakit kepala..taknak makan…esok tak payah la pergi lagi “ tetapi esok pagi saya pergi lagi…kerna nasihat dr rakan-rakan alumni..
Jadi hari ketiga ada suatu perkara yang telah belaku…sewaktu sessi kartasis atau sessi berpasangan tu…sewaktu itu…pasangan saya pengsan…tak sedarkan diri…tengah berpelukkan tiba2 dia pengsan dan tidak mahu lepaskan saya…pertugas ATS mengangkat saya dan pasangan saya keluar dewan…dan kesan dari itu, saya merasakan sesuatu dalam training ini. Ini bukan sekadar training tetapi mungkin boleh jadi cara Allah beri kesempatan kepada hambaNya untuk kembali mengingatiNya…
Peribadi saya beranggapan bahawa training ini adalah suatu hal yang sangat diperlukan oleh umat manusia saat ini…bagi yang sedang mencari, atau tak pernah mencari…modul, cara penyampaikan, cara persembahan dan kaedahnya sangat terkini dan bersesuaikan dengan beredaran zaman…kesannya sangat mendalam…manusia sekarang ingin melihat saksi reality penemuan sains dan logical..tetapi jika Al-Quran telah jelaskan 1400 tahun yang lalu…jadi logical manusia hancur berkecai dan mengagungkan kalimah Allah dalam Al-Quran…cara dan kaedah ini bersesuaian dengan zaman ni…jika orang berkata ESQ mengutamakan sains dari Al-Quran…saya rasa tidak…ESQ tetap utamakan Al-Quran… cuma kaedahnya berbeza…
ESQ training adalah training sumber manusia…bukan lah training agama yang mengajar bagaimana bacaan solat…gerakan solat…bagaimana lafaz niat puasa atau ibadat yang lain…tetapi adalah training sumber manusia yang mengunakan Al-Quran dan Hadist sebagai rujukan tertinggi. Jika dulu ilmu bintang astronomi (ilmu falak) mengunakan Al-Quran, ilmu perubatan gunakan Al-Quran, ilmu matematik juga gunakan Al-Quran dinamakan ilmu Hisab sekarang saat ini ilmu pembangunan sumber manusia juga tak salah gunakan Al-Quran dan Hadist sebagai rujukan agung…itu la yang dilakukan oleh ESQ untuk membangunan sumber manusia…sehinggalah saya berniat untuk bergabung untuk menyebarkan hal ini di tanah Malaysia…
No comments:
Post a Comment